Bagaimana perjalanan business online Stormreaders kalian.. Perbanyakkan DOA agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya oleh Allah swt.
Minggu ini Koleksi Sanggar Ilmu Stormreaders.Biz akan membuat Ulasan Buku : Nota Hati Seorang Lelaki.
Penulis : Pahrol Mohd Juoi
Kod Katalog : TBBK 1112
Kos ISBN : 978-967-5102-48-6
Sinopsis
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.
"Hati seorang lelaki...Kekadang perlu sekeras waja . Ada masanya mesti selembut sutera. Ah..lelaki..jika jiwamu tulus kerna ILAHI ..Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!"
Ulasan Hj. Muhammad Zakaria
" Kata-katanya adalah mata pada wajah tulisannya. Tajam dan menyentuh. Seolah-olah dia sedang berbicara dan bercerita di hadapan anda. Ada kalanya lembut, memujuk. Namun sekali-sekali kelihatan keras, menusuk. Fokusnya tetap konsisten. Di mana Allah dalam hati seorang lelaki? Cari DIA demi kebahagian dan ketenangan diri , keluarga , masyarakat dan negara. Itulah harapan dan garapan dapat saya rasa bahangnya daripada Nota Hati Seorang Lelaki ini.."
Carilah sesuatu yang "luar biasa" di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini!
Bakry, Shah Alam
JIKA BERMINAT MEMILIKI BUKU INI SILA KE KEDAI BUKU @
http://www.stormreaders.net/success
http://www.stormreaders.net/success
Bakry, Shah Alam
No comments:
Post a Comment