:: DAFTAR MAKLUMAT PENGUNJUNG

Nama :
E-mail :
No handphone :
Alamat :
Apakah maklumat yang anda ingin tahu [Sila tandakan @ klik mana yang berkenaan sahaja]: Menjadi Mobile Stokis Stormreaders ( RM2300)
Menjadi Pengedar Stormreaders (RM310)
Menjadi Ahli Stormreaders (RM90)
Membuat Belian Buku
Mendapat Penerangan Perniagaan Stormreaders
Mengikuti Bengkel Blog & Goggle
Menjadi Pengedar Majalah Solusi
Langganan Majalah Solusi 6 bulanan ( RM55 )
Langganan Majalah Solusi 12 bulan ( RM110 )
Menjadi Pengedar Majalah Gen Q
Langganan Majalah Gen Q untuk 6 bulan ( RM40 )
Langganan Majalah Gen Q untuk 12 bulan ( RM80 )
Tempahan Al-Quran Reading Pen (RM350)
Belian Buku & Penghantaran Utk Hadiah Perkahwanin, Pertunangan, Hari Ulang Tahun Dll
Senarai Tempahan Buku Untuk Penghantaran:
Teks Kad Ucapan Utk Penerima :
Alamat Penerima:
No. Hp. Penerima
Maklumat Pembayaran [tarikh , masa & bank]

Create a web form here

Tuesday, December 7, 2010

Kenali Perniagaan Stormreaders (Part 1 )

Saya mulakan Siri Pengenalan Perniagaan Stormreaders ini dengan liputan mengenai Stormreaders Network : MLM Patuh Syariah yang di siarkan oleh akhbar UTUSAN Malaysia dalam sisipan MEGA halaman 24 dan 25.

Saya mula menceburi perniagaan ini kira-kira 6 bulan yang lalu. Tiada siapa yang memperkenalkan perniagaan ini kepada saya. Saya digerakkan atas petunjuk dari Allah swt ketika saya ke kedai untuk membeli akhbar. Tipa-tiba mata saya terpandang Majalah Solusi dan terus gerak hati saya mencapainya. Setelah membelek-belek beberapa helaian hati saya puas dan terus membelinya.

Beberapa hari kemudiannya saya terpandang iklan di Solusi Isu 20 yang saya beli. Tergerak hati saya untuk mengetahui apa itu Stormreaders. Lantas saya meneliti beberapa nama pengedar yang tertera di belakang Majlah Solusi. Lantas gerak hati saya mendail no hp en. Hafiz Toha yang berada di Shah Alam. Di sinilah segalanya bermula....saya akan menyambung pada part 2 akan datang.

Saya siarkan gambar ini dari Blog rakan saya saudara Rahman @ http://www.stormreaders.asia

Halaman 24


Halaman 25

Sunday, December 5, 2010

JOM KITA MULAKAN HIJRAH



Salam ukwah untuk semua pengunjung dan ahli Stormreaders. Diam tak diam dah nak sampai ke penghujung tahun 2010. Dan malam ni khususnya umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan 1Muharram ataupun Awal Muharram di dalam kalendar Islam. Ianya juga untuk memperingati peristiwa Hijrah Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah . Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Islam (1 Muharram 1432H).

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah suatu hari yang
penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting
berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan
Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi,
dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan
solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di
Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Semoga pada tahun baru ini, kita dapat ber"hijrah" kepada kehidupan
yang lebih baik dari hari - hari sebelum ini. Semoga kita semua
dapat mencapai kejayaan - kejayaan ingin dicapai terutama dalam menjalankan perniagaan Stormreaders. Tutup diari lama dan buka diari baru dengan semangat yang lebih kuat untuk kita berjaya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Blog ini juga perlu diberi nafas baru dan akan berhijrah kerana sudah lama sepi tanpa sebarang maklumat . Saya akan cuba sebaik mungkin memuatkan beberapa maklumat baru khas untuk ahli stormreaders dalam mengendalikan aspek pemasaran buku-buku Stormreaders. Penambahan Topik baru ialah Nota Pemasaran selain ulasan buku yang akan dikemaskini.

Jom kita membuat strategi ke arah penambahbaikan yang lebih baik dalam perniagaan Stormreaders. Hijrah dengan belajar daripada yang telah berjaya. Selain itu banyakkan berdoa. Penuhkan masjid malam ini untuk kita titipkan doa dan azam baru kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dalam hidup kita.

Doa Akhir Tahun :Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

" Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin..."


Doa Awal Tahun:Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

" Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin..."

Kepada semua, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432. Semoga tahun baru Hijrah ini akan membawa kebaikan dan keberkatan kepada kita semua, insyallah...