:: DAFTAR MAKLUMAT PENGUNJUNG

Nama :
E-mail :
No handphone :
Alamat :
Apakah maklumat yang anda ingin tahu [Sila tandakan @ klik mana yang berkenaan sahaja]: Menjadi Mobile Stokis Stormreaders ( RM2300)
Menjadi Pengedar Stormreaders (RM310)
Menjadi Ahli Stormreaders (RM90)
Membuat Belian Buku
Mendapat Penerangan Perniagaan Stormreaders
Mengikuti Bengkel Blog & Goggle
Menjadi Pengedar Majalah Solusi
Langganan Majalah Solusi 6 bulanan ( RM55 )
Langganan Majalah Solusi 12 bulan ( RM110 )
Menjadi Pengedar Majalah Gen Q
Langganan Majalah Gen Q untuk 6 bulan ( RM40 )
Langganan Majalah Gen Q untuk 12 bulan ( RM80 )
Tempahan Al-Quran Reading Pen (RM350)
Belian Buku & Penghantaran Utk Hadiah Perkahwanin, Pertunangan, Hari Ulang Tahun Dll
Senarai Tempahan Buku Untuk Penghantaran:
Teks Kad Ucapan Utk Penerima :
Alamat Penerima:
No. Hp. Penerima
Maklumat Pembayaran [tarikh , masa & bank]

Create a web form here
Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

JOM MILIKI ENSIKLOPEDIA SOLAT

ENSIKLOPEDIA SOLAT

JOM MILIKINYA. HARGA : RM 100.00 . PENGHANTARAN PERCUMA DI SELURUH MALAYSIA.!
"Ensiklopedia" berasal daripada perkataan Greek "egkyklios paideia" yang bermaksud " a circle of instructions" iaitu himpunan maklumat.
Ensiklopedia merupakan koleksi maklumat atau himpunan fakta mengenai setiap cabang ilmu pengetahuan yang disusun mengikut abjad atau mengikut keterangan secara ringkas dan padat. Ensiklopedia berbeza dengan kamus yang hanya mengandungi keterangan mengenai makna perkataan sahaja.

Kelebihan ENSIKLOPEDIA SOLAT ini :
* Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
* Keistimewaan Ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam
pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek Fiqah,
Falsafah, Sejarah & Saintifik.

* Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai
utuk rujukan kontemporari.
* Disusun mengikut pendekatan mesra pembara.
* Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambarajah, peta minda
& jadual.

* Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan
para pembaca membuat rujukan.

ENSIKLOPEDIA SOLAT ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan Pusat Sumber, Perpustakaan , Universiti, Kolej, Awam, Sekolah, Masjid, Madrasah, Kelas Pengajian serta untuk pemberian Hadiah. Malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.

PERCUMA +++ SEJADAH BERSAIZ POKET DAN KOMPAS ARAH KIBLAT

Friday, July 16, 2010

Ulasan Buku : Nota Hati Seorang Lelaki

Salam Ukhwah untuk semua..

Bagaimana perjalanan business online Stormreaders kalian.. Perbanyakkan DOA agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya oleh Allah swt.

Minggu ini Koleksi Sanggar Ilmu Stormreaders.Biz akan membuat Ulasan Buku : Nota Hati Seorang Lelaki.
Penulis : Pahrol Mohd Juoi
Kod Katalog : TBBK 1112
Kos ISBN : 978-967-5102-48-6
HARGA : RM 20.00, CP : 6



Sinopsis

Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.

"Hati seorang lelaki...Kekadang perlu sekeras waja . Ada masanya mesti selembut sutera. Ah..lelaki..jika jiwamu tulus kerna ILAHI ..Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!"

Alahai...Hati seorang lelaki yang keras dan penuh keegoaan akhirnya mengalir air mata yang sukar ditahan bila membaca buku ini. Penulisan Pahrol Mohd. Jodi begitu mudah menyentuh jiwa saya bila membaca catatan beliau. Dalam buku ini Pahrol Mohamad Juoi bukan sekadar bercerita tentang perasaan seorang lelaki dan jiwa seorang lelaki tetapi dia juga turut menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan isu-isu semasa. Sudah tentu saya akan terus menyokong beliau kerana beliau adalah graduan UiTM. ...UiTM dihatiku.

Ulasan Hj. Muhammad Zakaria

" Kata-katanya adalah mata pada wajah tulisannya. Tajam dan menyentuh. Seolah-olah dia sedang berbicara dan bercerita di hadapan anda. Ada kalanya lembut, memujuk. Namun sekali-sekali kelihatan keras, menusuk. Fokusnya tetap konsisten. Di mana Allah dalam hati seorang lelaki? Cari DIA demi kebahagian dan ketenangan diri , keluarga , masyarakat dan negara. Itulah harapan dan garapan dapat saya rasa bahangnya daripada Nota Hati Seorang Lelaki ini.."

Carilah sesuatu yang "luar biasa" di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini!

JIKA BERMINAT MEMILIKI BUKU INI SILA KE KEDAI BUKU @
http://www.stormreaders.net/success

Bakry, Shah Alam


Saturday, July 3, 2010

Ulasan Buku : Indahnya Hidup Bersyariat

Salam Ukhwah buat semua ahli Stormreaders…

Mulai minggu ini saya akan memulakan bahagian ulusan buku yang diterbitkan oleh stormreaders. Bahagian ulusan buku ini akan dibuat seminggu sekali mengikut jualan yang terlaris. Tujuan saya adalah agar dapat membantu pengedar dan ahli menerangkan kepada rakan-rakan kekuatan sesuatu buku itu.

Saya akan memulakan ulasan buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.

Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Kod Katalog : TBBK 1097

Kos ISBN : 978-967-5102-30-1

HARGA : RM 55.00, CP : 18

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Buku ini telah terjual hamper 400,000 naskhah dan kita diminta berhati-hati kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak rompak buku ini dalam bentuk kulit paperback atau kertas lembut dengan harga RM30 sahaja. Pihak Telaga Biru hanya mencetak naskhah dalam bentuk hard cover atau kulit keras sahaja. Jika anda terserempak adanya naskhah dalam bentuk kulit lebut sila laporkan kepada Syarikat Telaga Biru. Bersama kita membentras cetak rompak. Buku ini amat sesuai untuk dihadiahkan kepada bakal melansungkan perkahwinan. Saya juga mencadangkan setiap keluarga mempunyai buku ini kerana maklumat Fardu Ainya ianya amat menyeluruh dalam kehidupan kita sebagai orang islam. Jual 6 buah anda telah layak jadi seorang pengedar.

Bagaimana nak menjual buku ini:-

  • Jadikan rujukan di IPT/IPTS, Pusat Sumber Sekolah, Masjid, Surau dan Setiap Rumah orang Islam mesti ada.
  • Hadiahkan buku ini untuk sambutan hari lahir , hadiah perkahwinan , majlis perpisahan dan kenaikan pangkat.

Semoga usaha kita ini mendapat pahala di sisi Allah swt jika niat kita ikhlas.

Bakry